LENGGONGKINI
SAYA SAYANG LENGGONG
Ahad, 9 Oktober 2011
Peneroka dapat durian runtuh atau "bala"
| |
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bimbang "durian runtuh" yang dikatakan bakal diterima peneroka selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) menggelapkan masa depan mereka. Penyenaraian yang akan dilakukan sebelum pertengahan 2012 ini dibimbangi akan menjejaskan ekuiti Bumiputera dalam Felda kerana ia membolehkan pelbagai syarikat besar melabur dalam institusi tanah yang dikuasai Orang Melayu itu. ![]() Mengulas pengumuman tersebut, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar. "Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka. "Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka...mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Dalam pembentangan belanjawan 2012 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebelum pertengahan tahun 2012. Mazlan sebaliknya mahu kerajaan mengutamakan teras utama Felda iaitu perladangan dan masa depan peneroka sendiri kerana pelbagai masalah utama peneroka masih belum selesai. "Kita bukan anti pelaburan dan perniagaan tapi kerajaan harus mengutamakan nasib peneroka dahulu. Soal hutang peneroka, wang tanam semula, masalah selenggara kebun yang tidak diuruskan dengan baik masih membelenggu peneroka. "Tapi Perdana Menteri langsung tidak menyentuh perkara ini sebaliknya dengan bangga mengumumkan penyenaraian FGVH yang saya pasti bukan peneroka yang mendapat untung besar," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. |

Najib tak faham, kata presiden PAS
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perdana Menteri sebagai "tidak faham" konsep Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya. Sebagai menjawab 'sindiran' Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu, Presiden PAS itu menjelaskan, tiga asas utama Negara Berkebajikan hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah. "Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. "Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. "Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan," katanya. |
Sabtu, 8 Oktober 2011
Bajet BN lebihkan wakil rakyat dari rakyat
|
Cukai korporat dibela, cukai prabayar rakyat dikuatkuasa
| Print | |
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Belanjawan 2012 yang dibantang perdana menteri semalam dilihat lebih mementingkan pihak korporat berbanding rakyat kebanyakan. |