Selasa, 30 November 2010

Kenapa PAS Pilihan Saya

Diterbitkan oleh Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat Kuala Lumpur.

1. Islam sebagai dasar perjuangan.
Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam
Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,
“Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan
kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil
munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia”.
Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara
samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan
mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)
Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya,
Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan sembahyang,
puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan
Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang
diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan
akhirat.
2. PAS dipelopori oleh gerakan Ulama’
3. Pas mementingkan dakwah dan tarbiah. Ia bukan semata-mata parti politik bergerak musim
pilihanraya sahaja.
4. Pas mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan Pas di Kelantan dan Kedah
sudah teruji
5. Kepimpinan yang menggabungkan ulama’, profesional dan aktivis
6. PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam, bukan perkauman.
7. PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah
di Kelantan, walaupun orang bukan Melayu minoriti.
8. Pas juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan
9. Pas memperjuangkan bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Kebangsaan
10. Memimpin PAS satu amanah bukan kebanggaan.
11. Pas mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagih kepada rakyat yang
memerlukan.
13. Pas mengambil berat kepada pembentukan akhlak kerana ia adalah kekuatan tamaddun sebuah
negara.
14. Pas berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama
15. Perjuangan Pas menegakkan keadilan dan menentang kezaliman

Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat

Kejayaan Selangor Untuk Rakyat
· Air percuma untuk rakyat Selangor dapat jimat wang setahun RM137.00 (dapat bayar yuran
tahunan sekolah).
· Hadiah RM1000.00 diberi kepada setiap anak keluarga miskin yang berjaya memasuki
universiti
· Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menyediakan tabung permulaan RM100 bagi setiap
bayi kelahiran Selangor. Sebanyak RM1500 boleh dikeluarkan selepas umur 18 tahun (cukup
untuk daftar anak masuk university awam)
· Perlindungan Takaful sebanyak RM2500.00 kepada waris warga emas berumur 60 tahun ke
atas yang meninggal dunia tidak kira kaum dan agama
· Gaji guru KAFA dinaikkan kepada RM1000.00 manakala gaji penyelia KAFA dinaikkan ke
RM1500.00.
· Paras kemiskinan tegar ditetapkan pada RM1500.00 sebulan supaya lebih sesuai dengan
keadaan ekonomi semasa
· Cadangan mewartakan tanah simpanan orang asli sebanyak 7000 hektar yang kini diduduki
oleh masyarakat orang asli di seluruh negeri.
· Menyelesaikan masalah rumah dan tanah yang terbengkalai di zaman BN di Ukay Bistari,
Saujana Puchong
· Menyediakan tuisyen percuma setiap kawasan Dewan Undangan Negeri
· Bantuan zakat kepada mereka yang layak tanpa mengira ideologi politik
Kejayaan Pulau Pinang Kepada Rakyat
· Mengambil falsafah pemerintahan Umar Abdul Aziz
· Memberi potongan RM100 setahun untuk bil air orang miskin.
· Wakil rakyat tidak dibenarkan memohon tanah
· Memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.
· Memberi sagu hati kepada hafiz al-Quran.
· Menambah peruntukan kepada Jabatan Agama Islam daripada RM12 juta kepada RM24 juta.
· Menggalakkan majlis ilmu di masjid dan surau.

Kejayaan Kelantan Untuk Rakyat

· Menerajui kerja 5 hari oleh kakitangan kerajaan dan cuti 2 hari seminggu.
· Menerajui cuti bersalin 60 hari.
· Takaful Kifalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, apabila meninggal waris dapat
wang RM2500.
· Dari nombor 2 termiskin ke nombor 6.
· Melancarkan bulan solat untuk mengatasi gejala sosial.
· Pinjaman untuk kakitangan kerajaan tanpa riba
· Dasar rumah 3 bilik supaya anak lelaki dan perempuan tidak tidur di dalam bilik yang sama
· Sejak menang tahun 1990 menutup semua premis judi.
· Projek Ladang Rakyat. Sahamnya diagih kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum,
agama dan parti. Mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.
Kejayaan Di Kedah Untuk Rakyat
· Meningkat hasil balak 205%. Sebelum 2008 hasil balak RM7-RM8 juta. Tahun 2009
RM 35 juta.
· Kadar kemiskinan berkurangan daripada 7% pada tahun 2004 kepada 3% pada 2008.
· Skim Kafalah untuk pengurusan kematian (jenazah) sebanyak RM500.00 tanpa kira agama
atau bangsa.
· Batal projek ZIPY(Zon Industri Petroleum Yan) kerana menyelamatkan 4200 ekar sawah padi.
Tujuan supaya Kedah kekal sebagai jelapang padi Malaysia
· Ganti SULIHH (Sg Limau Hydrocarbon Hub) dengan tebus guna pantai seluas 1700 ekar.
Dijangka kerajaan negeri dapat hasil RM400 juta setahun.

Ketuanan bangsa undang permusuhan

Rizal Tahir

PASIR MAS, 30 Nov: Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu.

“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini.

Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan

Hutang isi rumah membimbangkan

Anak mahu Bapak selesai segera isu peneroka

Isnin, 29 November 2010

Pusat hakis hak negeri, dasar tidak pro rakyat

Harakahdaily
SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat.
Di samping itu, berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri dan mereka mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.
Demikian antara kandungan resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bertemakan ‘Meneruskan Cita-cita Rakyat’ yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, malam ini.
Pada persidangan yang diadakan di sini sejak pagi tadi, selain Khalid, Menteri Besar Kelantan dan Kedah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan pandangan masing-masing.
Namun demikian, mereka percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka mereka bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.
Justeru, siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
Berikut ialah resolusi penuh persidangan tersebut.
Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.
Hasrat
Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan:
Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.
Janji
Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:
Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri.
Komited
Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:
Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
Menjamin ‘security’ makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan;
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.
Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri; dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.
Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.
Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan

betindak segera

Gamis gesa masyarakat prihatin gejala sosial

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa supaya rakyat Malaysia mengambil perhatian serius dalam persoalan masalah sosial yang kian menggila di kalangan remaja sekarang ini.
Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, generasi remaja merupakan antara susuk tubuh yang amat bernilai dan juga menjadi kayu ukur kepada pembentukan sesebuah negara.
Katanya, masalah buang bayi yang berleluasa sudah cukup menjadi bukti keparahan sosial masyarakat di mana analisis masalah mengandung anak luar nikah juga semakin meningkat.
Namun barah yang ada itu, katanya ditambah lagi dengan racun yang dibawa masuk, iaitu budaya ‘gay’ yang ditonjolkan melalui artis remaja Amerika, Adam Lambert dalam konsert di Bukit Jalil baru-baru ini.
Tambahnya, masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana seperti ini.
Katanya, sangat mendukacitakan apabila gejala sosial semakin membiak, usaha menyuburkannya digiatkan lagi.
Baginya, tidak ada guna membina sekolah untuk remaja hamil yang terlanjur (sekolah harapan), ataupun lawatan ke Belgium untuk mendapatkan sistem pencegahan masalah itu sekiranya dalam masa yang sama budaya negatif dibawa masuk.
“Ibarat kita membunuh nyamuk, air yang bertakung di biarkan berjentik,” ujarnya.
Sehubungan itu, ujarnya Kem Bina Sahsiah 2010 yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah yang akan diadakan di kompleks pendidikan itu pada 28 November hingga 18 Disember nanti merupakan satu usaha yang baik bagi melahirkan kesungguhan pihak kerajaan negeri untuk mengurangkan masalah itu.
Kem-kem yang bakal diteruskan siri kelansungannya ini merupakan langkah bijak yang diambil oleh pihak kerajaan negeri Kedah dalam mengawal dan mengurangkan kes-kes jenayah yang melibatkan generasi remaja pada hari ini yang sudah kian parah.
Tambahnya, program yang dianjurkan itu merupakan satu pendekatan terbaik dalam melahirkan pelajar yang berilmu pengetahua

Hijrah

Pakat masuk PAS, bukan bersatu dengan Umno

Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus.

Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.

PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.

Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi melayu, Pas akan lawan umno, kalau umno kalah, Pas menang, Pas melayu juga. Mana sifir kuasa melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa.

Tan Seri lupakah yang menutup surau di Sek 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah umno.

Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, AlMarhum Dato Ishak Bahrum diburu macam penjenayah kerana hendak menyampai agama ketika Selangor di bawah umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan Melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo Lo Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman PAS, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar PAS lawan Dr S Vasan (MIC).

Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Anak mahu Bapak selesai segera isu peneroka


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak).
Penyerahan tersebut dibuat Pengerusi Anak, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan di parlimen hari ini.
Dalam sidang medianya, Mazlan mahu kesemua aduan peneroka yang diserahkan itu diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana kesemua kes tersebut sudah lama berlaku.
"20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda.
"Kita harap mampu dikendalikan oleh Bapak," katanya.
Turut serata pada penyerahan itu, beberapa wakil dari peneroka Felda Lawin Selatan, Perak.
Antara masalah yang dikemukakan termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80 ribu dalam masa 7 tahun, dan permasalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.
Ahmad pada sidang media sama memberi jaminan akan meneliti masalah yang dikemukakan Anak itu dan akan memanjangkan perkara itu kepada Bapak.
Menurutnya, dengan tambahan 20 aduan dari Anak itu, Bapak kini sudah menerima 658 aduan sejak ditubuhkan.
Bapak adalah sebuah biro yang ditubuh dibawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.
"Banyak benda yang mengelirukan, tidak jelas dan samar-samar yang memerlukan penjelasan Felda," katan Mazlan lagi.
Mazlan sebelum ini juga mendakwa penubuhan Bapak membuktikan usaha Anak bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, adalah berjaya.
Bagaimanapun menurutnya, Anak akan sentiasa meneliti dan menyalur aduan yang diterima mereka kepada Bapak.
Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.
Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan

UMNO LENGGONG KEBUDAK-BUDAKAN

OH UMNO LENGGONG.....

Sekarang ini menjadi trend di Lenggong orang Pas terima surat layang yang banyak menyerang dan menghentam peribadi YDP Pas Lenggong, Haji RazmanZakaria. Setakat hari ini dikatakan sudah ada 3 surat layang seperti ini. Yang peliknya, penulis kepada surat tersebut mengaku dia ahli Pas, sedangkan apa yang ditulisnya pula ayat-ayat yang menyanjung pemimpin Umno Lenggong. Pas tidak pernah mendidik ahlinya menyatakan sebarang kilanan dalam bentuk sedemikian rupa. Orang Lenggong sudah bijak dan mereka sedar dan tahu dari mana asal usul surat ini. Bila bercakap-cakap maka banyaklah andaian yang dibuat, tapi bagi yang bijak menilai satu sahaja komen untuk surat ini... Umno Lenggong mula terdesak. Ini Sahaja. Berpuluh tahun politik di Lenggong ini dan ini lah bermulanya era Umno Lenggong menghentam peribadi YDP Pas Lenggong. Maka ramailah terfikir.. Apa rasionalnya tindakan ini? perlu sangatkah cara ini digunakan? Mengapa perlunya cara ini? dan berkesankah cara begini?
Jika kita amati dan mengingati sebelum ini, pernahkah ada surat layang yang memburukkan peribadi pemimpin Umno Lenggong? Setahu kita pemimpin Pas Lenggong tidak pernah dan tidak akan berbuat demikian
walaupun terdesak. Tidak perlulah diperkatakan disini kandungan surat tersebut kerana bagi Pas tidak ada apa yang hebat dan perlu diperbesarkan.
Sebagai peringatan jangan dimulakan cara jijik seperti ini, Jangan mulakan cara ini kerana kesannya amat buruk sekali. Fikirlah wahai sahabatku Umno Lenggong... jangan memulakan trend sebegini kerana pimpinan Umno Lenggong juga tidak semuanya baik... banyak juga perkara menjadi bualan orang... jangan mulakan....