Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang. “Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama. “PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. “Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya. Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN. PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu. “Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya. Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam. |
Isnin, 24 Januari 2011
PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam
Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan
|
Harakahdaily |
LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya. |
Ahad, 23 Januari 2011
DS Ir Nizar menyantuni masyarakat Tionghua di Parlimen Lenggong.



Selamat malam Cikgu Mala
SELAMAT malam cikgu. Kalau di sekolah anak murid sudah biasa dengan ucapan Selamat Pagi Cikgu. Ada juga ucap Selamat Petang Cikgu. Jarang pula ada anak murid ucap Selamat Malam Cikgu. Anak murid hanya menghafal perkataan itu ketika di sekolah. Mereka jarang jumpa cikgu di luar waktu sekolah. Namun lain pula di Dun Tenang sekarang. Ada cikgu yang boleh dijumpai tanpa mengira waktu dan ketika. Malam hari atau awal pagi pun ada cikgu yang mundar di situ. Bagi penduduk bukan Melayu mereka lebih mudah ucapkan Selamat Malam Cikgu. Cikgu di Tenang, bukan guru yang mengajar anak mereka, sebaliknya cikgu inilah yang memperjuangkan nasib mereka. Inilah Cikgu Normala Sudirman. Beliau berjaya memecah tradisi apabila muncul calon wanita pertama mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil. Biar pun pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengungkitkan perkara remeh temeh mengenai Cikgu Mala, namun ia boleh menghodohkan wajah Umno. Mengungkit isu Cikgu Mala tidak bersalam dengan pengundi lelaki sebenarnya menyerlah kejahilan pemimpin yang mengakui beragama Islam. Malulah kalau isu tersebut diungkit pemimpin Melayu dari Umno. Mungkinkah ia juga sekadar cerita tok selapit, yang khayal dengan paluan rebatnya. Di Kelantan juga rakyat tidak mudah lupa teori tok selampit yang berulang kali dimainkan pemimpin Umno. Macam cerita wayang kulit, Hanuman Kera Putih sanggup melakukan apa sahaja bagi mengalah Pak Dogol dan Wak Long. Di Tenang Umno nampak gah mensasarkan majoriti 5,000 berbanding 2,492 undi diraih Datuk Sulaiman Taha pada Mac 2008. Impian itu diluahkan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Misi Mustapa di Kelantan Begitu juga dengan impian Datuk Mustapa Mohamed dalam misi merampas Kelantan. Setiap kali menjelang pilihan raya umum pemimpin Umno tidak pernah serik mengeluarkan kenyataan ’mampu merampas Kelantan’. Pada 1 Oktober 1999, Setiausaha Agung Umno ketika itu, Tan Sri Khalil Yaacob menyebut pilihan raya 1999, masa paling sesuai tukar kerajaan Kelantan. Malah pada Disember 2002, Umno menggariskan 18 strategi bagi menawan Kelantan. Sedangkan sehari sebelum itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) mensyaratkan dua formula bagi merampas Kelantan. Formula itu dilontarkan ketika merasmikan konvensyen Barisan Nasional (BN) Kelantan di kampus UiTM di Machang. Setahun sebelumnya, bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhd Muhammad Taib pada perjumpaan dengan jentera bahagian Uno Kelantan melahirkan iltizam membantu Umno menawan Kelantan. Dan agak melucukan pada 10 Mac 2003, veteran Umno, Tan Sri Hussien Ahmad menghargai kesediaan Mustapa menjadi menteri besar sekiranya BN berjaya merampas Kelantan. Pada 28 Mac 2003, Abdullah mempamerkan keyakinan BN mampu membentuk kerajaan di Kelantan. Pada 11 November 1999 bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah melahirkan rasa yakin BN dapat menawan semula Kelantan daripada PAS. Kenyataan itu dibuat ketika beliau mengetuai Perhubungan Umno buat kali kedua. Ku Li mengulangi kenyataan tersebut berkali-kali sehingga akhirnya misi Umno Kelantan di bawah terajunya semakin hilang pengaruh pada pilihan raya umum November 1999. Lebih menyedihkan lagi Ku Li juga hilang jawatan sebagai ketua perhubungan Umno negeri sejurus selepas itu. Pemimpin Umno lain juga seronok bermain dengan perasaan termasuk bekas Pengerusi Umno Kelantan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Annuar Musa. Dr Mahathir mengetuai Umno Kelantan sejak 1990 sehingga diganti Ku Li menjelang pilihan raya umum 1999. Selepas itu Mustapa diberi peluang menggalas cabaran menghadapi pilihan raya umum 2004. Ekoran kegagalan Mustapa dalam misi hampir merampas Kelantan, Annuar pula mengambil tempat. Dan sejak dua dekad lalu sudah empat pengerusi Perhubungan Umno Kelantan bertukar ganti. Namun impian merampas Kelantan sekadar menjadi ilusi dan buah kilas media harian. Kini Mustapa sekali lagi diberi peluang. Mungkin dengan andaian mampu mengulangi kejayaannya pada 2004. Namun gelombang kebangkitan Umno sehingga mencapai 90 peratus undi popular pada 2004 agak sukar untuk berulang. Gelombangnya ketika itu digerakkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Penganalisis politik melihat kewarakan Pak Lah yang dianggap sebagai Mr Clean berjaya memusnahkan impian pembangkang. Pengundi Melayu teruja dengan kebolehan Pak Lah menjadi imam. Media menjaja beliau anak ulama tersohor. Pak Lah juga ada senjata Islam Hadhari bagi menghalang kemaraan PAS. Hari ini produk Islam tidak ada pada sisi Datuk Seri Najib Razak. Najib tidak hadir dengan produk berimej agama, sebaliknya mengambil metodologi lebih bersikap plural. 1Malaysia kini menjadi jenama bagi mengenali siapa Najib. Tiada daya tarikan bagi orang Melayu untuk dipautkan Najib. Itu belum lagi diambil kira kelibat isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Impikan 23 kerusi Biar pun begitu impian Mustapa merampas balik 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan tidak boleh dipandang enteng. Kemungkinannya ada kawasan Dun yang boleh terjerelus semula ke lubuk Umno tidak mampu dinafi. Paling mudah untuk dicamkan apabila wakil rakyatnya kurang berkerja. Jarang turun padang, kedekut dan payah ’baso’ menjadi indikator penting menjarakkan sokongan pengundi. Oleh itu bagi menggagalkan impian Mustapa, wakil rakyat yang disenaraikan di bawah kelompok itu perlu berubah. Begitu juga yang ada macam-macam ’penyakit’ perlu diubat. Jangan dibiarkan ada orang kata wakil rakyat PAS dan Umno sama sahaja. Sekiranya sindrom itu dibiarkan berlaku, teori tok selapit Mustapa boleh jadi kenyataan. Anggota parlimen Jeli itu mampu mempamerkan watak berlainan ketika pulang ke Jeli. Di Jeli beliau rela menaiki kereta buruk dan berkain pelikat. Namun di Kuala Lumpur wataknya penuh protokol, itu lain cerita.. Mungkinkah kejayaannya memulih maruah Umno Kelantan pada 2004 berulang kembali. Begitu juga di Tenang sekarang, pemimpin Umno kelihatan berlagak alim. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pun bercakap mengenai Islam. Lebih-lebih lagi calon BN, Mohd Azahar Ibrahim pasti akan tersemat songkok di kepala. Harapan mereka imej Islam ’buat-buatan’ mampu menarik simpati 7,014 pengundi Melayu. Sedangkan orang Cina dan India pun kenal antara Islam palsu atau original. |
Apa tunggu lagi, bagi roboh itu Umno
http://www.paschabau.net/ |
Bacalah dengan tenang luahan hati seorang pemandu teksi berbangsa Tionghua di Malaysia tentang situasi negaranya yang ditadbir oleh UMNO/BN ketika ini. Pernyataan yang akan anda baca penuh bersahaja dan ikhlas. Hebat, walaupun diungkapkan oleh individu marhaen. Saya memungutnya dari catatan Kadir Jasin. "Kita bukannya tamak nak kaya, nak rumah mewah. Senang sikit cukuplah, bagi lega sikit hidup. Tak perlu teruk-teruk bekerja tapi hasilnya sikit, macam saya ini. Sudah macam-macam sakit sebab susah hati, tension. |
Umno bingung hadapi isu negara Islam
LABIS, 23 Jan: Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang. "Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua.
|
Sabtu, 22 Januari 2011
Sekitar Proses Penamaan Calon PRK Tenang
12.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari. 11.30 am: Normala pada sidang medianya memberitahu, sekurang kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.
10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor". 10.10 am: Calon PAS Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad. Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.
8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.
8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang. |
Kerajaan bertanggungjawab cegah gejala sosial
AMPANG, 22 Jan: Kiai Hassan Shazali Ahmad Shuhud, Mursyid Am Perkid merangkap mudir Darul Islah Sabak Bernam menegaskan bahawa kerajaan atau umara bertanggungjawab dalam membanteras gejala sosial yang berleluasa di Malaysia pada hari ini. Pandangan beliau ini dikemukakan ketika menjadi ahli panel dalam forum perdana “Gejala Sosial Makin Parah, Antara Cabaran Dan Strategi Menanganinya”.
(Gambar: Masridzi (kiri), Mohd Farhan, Nahrawi dan Hassan Shazali.) Forum perdana ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kumpulan Hotel De Palma, Datuk Mohd Ilyas dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. “Perlaksanaan sistem pendidikan Islam (mata pelajaran Pendidikan Islam) hendaklah diwajibkan sebagai satu cara menangani gejala sosial ini, tetapi apa yang berlaku, mata pelajaran sejarah pula dicadangkan sebagai mata pelajaran wajib,” ujar Mohd Farhan. Selain itu, beliau menekankan peranan ibu bapa itu sendiri sebagai ketua keluarga di rumah dalam menangani masalah gejala sosial. Katanya, jika kedua ibu bapa berjaya menunjukkan contoh yang baik dan melatih anak-anak solat dan mengajar tentang Islam, masalah itu dapat dikurangkan malah dihapuskan. Forum yang berakhir kira-kira jam 11.30 malam itu turut dihadiri anak yatim dan miskin daripada Perkid.
|
Malulah Rosmah buat kerja menteri kabinet
|
|
PARIT “Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini. ng kali ada dalam sejarah pentadbiran negara. Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. “Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya yang juga Adun Titi Serong. Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas. “Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?” soal beliau. Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri. “Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya. Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN. “Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya. Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti. Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara. |
Khamis, 20 Januari 2011
Adun Merlimau meninggal dunia
Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi. Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi. |
Senarai Hitam: PAS mahu perbincangan sebelum 28 Feb
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS mahu satu perbincangan diadakan antara kerajaan, pihak Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) dengan rakyat sebelum tempoh pembekuan sementara senarai hitam berakhir 28 Februari ini. |
Umno akui kejayaan PAS
KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS. |
Debat satu keperluan
Apabila seorang pemimpin sistem duo-parti di Malaysia mengeluarkan pelan tindakan (plan of action-POA) sekiranya gabungan parti pimpinannya memenangi pilihanraya berteraskan sistem demokrasi, secara tiba-tiba, pemimpin gabungan parti yg satu lagi mula tidak senang. Kenyataan beliau betapa POA yang didakwa populis itu akan menyumbang kepada terjunamnya ekonomi Malaysia. Sebagai mahasiswa, kami percaya, mungkin terselit sebuah kebenaran terhadap dakwaan pemimpin politik terkenal itu, kerana parti gabungannya membentuk kerajaan dalam PRU yg lalu. Namun, kami gusar, kerana keputusan-keputusan kerajaan kebelakangan dilihat membelakangkan perkembangan ekonomi itu sendiri. Warga Mahasiswa Warga Berfikir. Justifikasi pertama, kenaikan harga komiditi minyak di seluruh sepatutnya tidak menyebabkan ekonomi negara semakin teruk sehingga menyebabkan harga minyak masa seluruh Malaysia diapungkan melampui harga siling. Malaysia selaku negara pengeluar minyak sepatutnya meraih keuntungan berlipat-ganda hasil kenaikan harga minyak masak dunia. Tapi, apa yang terjadi? Malaysia sengsara. Justifikasi kedua, aliran wang Malaysia ke negara-negara luar tidak dilihat dibendung. Kerakusan pemimpin elit yang berbelanja sakan bukanlah contoh yang baik disebalik saranan kerajaan mengurangkan pembelian dan mengamalkan dasar berjimat cermat. Ratusan ribu semalaman semata-mata untk penginapan satu rombongan ternyata sebuah pembaziran. Apa yang kami jelas, pemimpin selaku qudwah sepatutnya mula mengamalkan apa yang disarankan kepada kami. Usahlah bermewah-mewah sementelah kami bersusah-susah. Berbalik kpd isu asal, wujud perbezaan pendapat yg ketara dua pemimpin tersohor tersebut hal ini. Pemimpin A beranggapan POA ini mampu menjana Malaysia ke arah yg lebih baik.Manakala pemimpin B pula masih dengan premis POA pemimpin A akan menyusahkan Malaysia. Selaku Mahasiswa yang juga sebahagian rakyat, apa hak kita? Hak kita adalah untuk mendapat maklumat yang tepat bagi menentukan pemimpin akan datang. Medium debat dilihat berkesan sebagai wasilah dalam mematangkan penerimaan rakyat terhadap tawaran daripada parti bertanding, apatah lagi apabila melibatkan soal pentadbiran kewangan yang rata-rata pada hari ini, dilihat tidak meyakinkan. Mengapa tidak mahu? Negara-negara maju dunia tidak terkecuali dalam pengamalan konsep usaha sebagai usaha meyakinkan rakyat betapa mereka adalah yang terbaik. sebagai contoh mudah debat Barrack Obama dan John McCain di Amerika Syarikat. Usah gusar, yang terbaik akan menang. 'Best man wins'. Mengapa Mahasiswa memerlukan perdebatan seumpama ini? Mahasiswa adalah golongan pengundi yang berpengaruh dan intelek. Pemimpin masa hadapan akan ditentukan mahasiswa hari ini. Keperluan debat akan meluaskan ruang lingkup mahasiswa mahasiswa yang dilihat sempit dan kaku pada hari ini. Kami Mahasiswa, insya Allah sudah cukup matang dalam membuat penilaian dan langsung tidak setuju den Izinkanlah kami, mahasiswa Malaysia, mendapat pendedahan terbuka dalam menentukan nasib Malaysia akan datang. May Allah bless. Wallahua'lam. Mohamad Izzat Ghazali Persatuan Pelajar Undang-undang Ahmad Ibrahim. |
PAS dakwa Dr. Mahathir lupa sejarah
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang. |
Rabu, 19 Januari 2011
KEMUDAHAN AWAM: HAK SELURUH RAKYAT BUKAN MILIK UMNO / BN
KEMUDAHAN AWAM: HAK SELURUH RAKYAT BUKAN MILIK UMNO / BN
Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong
|
Anwar tetap mahu debat dengan Najib
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan Bernama bahawa beliau mengeluar kenyataan untuk tidak mahu berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib Razak. Beliau merujuk laporan agensi berita itu yang kononnya memetik bahawa beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar semalam. Laporan tersebut meletakkan tajuk "Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, Hanya berbincang- Anwar". Menurutnya, beliau tidak pernah berganjak dari pendiriannya untuk mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka seperti dua kali cabaran yang dibuatnya sebelum ini. "Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," katanya yang juga Ketua Pembangkang. Sehubungan itu, beliau mahu agensi berita tersebut menarik semula laporan tersebut yang didakwa mengelirukan. 18 Januari lalu, Anwar menghantar surat jemputan kepada Najib sebagai mengulangi cabaran debat yang dilontarkan minggu lalu. Najib bagaimanapun pada ucapannya pada satu majlis di Felda Chempelak, Dun Tenang baru-baru ini menjawab tidak mahu berdebat, dengan alasan Anwar perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah peribadinya khususnya dalam isu liwat. |
Premis arak: Umno mahu kutip untung, bukan ikhlas dengan Islam
http://wfauzdin.blogspot.com |
MENGULAS tindakan YB Ronnie Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MPSJ menarik balik larangan terhadap orang Islam bekerja di premis menjual arak, kita patut bersyukur kerana PAS Selangor bertindak ke hadapan di dalam menangani isu ini. Tindakan segera PAS Selangor sama sekali menutup mulut pemimpin Umno Selangor untuk mempolitikkan isu ini kerana Umno sudah kita kenali tidak pernah ikhlas di dalam memperjuangkan Islam. |
Debat: Najib wajar sambut tawaran Anwar Harakahdaily KUALA LUMPUR, 19 Jan: Tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua untuk be
Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Zaki Sukery (kanan) berkata, golongan mahasiswa kampus di seluruh negara memang ternanti-nanti penganjuran debat kerana ia merupakan salah satu wasilah berkesan dalam mematangkan tawaran pimpinan kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila berbicara soal pengurusan negara. Katanya, Ia juga dilihat bakal memperluas pandang sisi mahasiswa dalam menilai kualiti dan kompetensi kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang. Hal ini, ujarnya disebabkan oleh mahasiswa merupakan pewaris masa depan negara dan penentu kepada pimpinan sekarang berdasarkan komposisi mereka yang termasuk dalam golongan pengundi muda, kelompok yang membentuk 4.6 juta daftar pemilih atau hampir 50 % daripada jumlah pengundi keseluruhan. Beliau turut menegaskan bahawa debat juga tidak patut dilihat sebagai unsur pemecah belah kerana ia merupakan salah satu aktiviti ilmiah di alam kampus, bahkan turut dijadikan bentuk pertandingan domestik atau antarabangsa. Tambahan pula, katanya banyak negara maju turut mengamalkan konsep debat dalam usaha menyakinkan rakyat kepada tawaran masing-masing, contohnya seperti dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat antara Barack Obama dan John McCain. Tambah beliau lagi, beberapa pertikaian kepada Buku Jingga seperti yang dimuatkan di dalam media perdana ialah bersifat pramatang dan tidak berasas kerana ia tidak bersandarkan hujah yang konkrit dan hanya berlandaskan rasa curiga semata-mata. “Maka, sewajarnya tawaran debat diterima bagi membumikan nilai politik Malaysia dengan pendekatan intelektual dan ilmiah, berbanding pendekatan emosional dan fitnah,” ujarnya. Beliau juga menyokong penuh saranan awal Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Mohd Hassan bahawa, Gamis turut bersedia untuk menjadi ‘orang tengah’ di dalam penganjuran debat itu jika perlu. Ini kerana ia merupakan satu entiti mahasiswa yang terbesar di kampus, mengandungi kira-kira 5,000 orang ahli berdaftar dan tidak mewakili kepentingan mana-mana parti politik. |
Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'
| |
Mohd Rashidi Hassan | |
IKAN busuk bermula di kepala. Itulah petikan pepatah Cina yang sesuai untuk memahamkan rakyat tentang situasi di Selangor, khususnya masalah atau krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang Umno-Barisan Nasional. Sama ada rakyat sedar atau tidak, sejak tiga dekad yang lalu, rakyat Selangor disajikan dengan ketua pentadbir negeri yang dikenali dengan nama Dato' Menteri Besar, yang hampir semuanya 'bermasalah'. Selepas Dato' Harun Idris (1970-1976) dan Dato' Hormat Rafie (1976-1982), semua MB Selangor yang diwakili Umno, sarat dengan skandal dan masalah. Penulis tidak mahu menyentuh mengenai bagaimana Harun dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri, sehingga dipenjara dan digantikan oleh Hormat. Yang hendak disentuh ialah MB-MB selepas mereka. Bermula dari Dato' Ahmad Razali Ali (1982-1986), Dato' Muhammad Muhd Taib (1986-1996), Dato' Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Dr Mohamad Khir Toyo (2000-2008). Keempat mereka diganti dan dijatuhkan, penuh dengan skandal dan penghinaan. Harus diingat yang menjatuhkan mereka adalah manusia-manusia rakus dalam Umno sendiri. Cuma Khir Toyo sahaja dijatuhkan oleh rakyat dan kemudiannya didakwa. Itupun pendakwaan terhadap Khir dikatakan berpunca dari 'move' orang tertentu dalam Umno. Untuk nota, semua MB adalah Pengerusi Umno, sekali gus memegang jawatan Pengerusi BN Negeri. Selepas Dr Mahathir Mohamad ditabalkan menjadi Perdana Menteri, lantas beliau memilih adik iparnya Ahmad Razali sebagai MB. Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam Umno, tetapi diberikan jawatan tinggi kerana dia kroni PM. Akibat ketidak kemampuan dan kelemahannya, sehingga mendorong Umno-BN Selangor menolaknya, Ahmad Razali dihadkan memerintah hanya sepenggal sahaja. Kisah Ahmad Razali ini terakam diminda penulis, kerana pada waktu itu, penulis baru memasuki sekolah menengah. Suatu ketika penulis berkunjung ke rumah aruah abang ipar di kawasan penempatan setinggan di Kampung Pandan, kebetulan ia berhampiran dengan sebuah dewan orang ramai. Pada hari itu berlaku kekecohan dalam mesyuarat Umno. Riuh rendahnya perbalahan Umno waktu itu sehingga mereka berani membaling kerusi ke arah MB Ahmad Razali. Kisah Ahmad Razali berakhir apabila beliau digantikan oleh Muhammad Taib yang juga terkenal dengan gelaran 'Mike Tyson'. Muhammad Taib bertapak 10 tahun sebagai MB Selangor. Paling lama dan paling hebat. Hebat sehingga berjaya 'melarikan' anak Sultan Selangor. Hebat kerana membayar wang mut'ah sebanyak 16 juta selepas berpisah. Hebat kerana membawa wang berguni-guni membeli aset di Australia, sehingga ditahan polis Australia. Sampai sekarang, rakyat Selangor disembunyikan dengan fakta, bagaimana Muhammad Taib boleh jadi begini kaya? Boleh orang-orang Umno jelaskan? Selepas Muhammad Taib dijatuhkan oleh orang Umno sendiri. Dr Mahathir menaikkan Abu Hassan Omar. Beliau seorang Menteri, lalu diarah beliau letak jawatan Menteri, seorang Adun BN mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada beliau menjadi MB. Pertamakali dalam sejarah Malaysia, diadakan pilihan raya kecil kerana PM mahu seorang yang hebat menjadi MB Selangor terbaik dari Umno-BN. Abu Hassan 'ditabal' dengan penuh gemilang sebagai MB. Beliau bukan orang kecil, beliau dihormati oleh golongan istana dan mendapat kepercayaan PM. Namun tidak sampai sepenggal, beliau tersungkur kerana skandal yang memalukan Umno-BN dan seluruh rakyat Malaysia. Kehebatan Abu Hassan terserlah sehingga berjaya 'menaji' adik iparnya sendiri. Suatu skandal besar yang memalu dan memualkan seluruh Selangor. Skandal Abu Hassan mula dihebahkan oleh orang-orang Umno melalui media di luar negara, diheboh dan diuar-uarkan sehingga Abu Hassan terpaksa meletakkan jawatan. Kemudian 'ditabalkan' pula seorang junior dari Sungai Besar. Seorang doktor, anak muda, anak Selangor yang 'pure' keturunan Jawa. Pelantikan Khir Toyo sebagai MB mengejutkan golongan veteran dalam Umno. Tetapi mungkin PM Mahathir ketika itu mempunyai alasannya yang tersendiri. Belum setahun Khir menjadi MB, fail mengenai dakwaan dan skandal rasuah beliau sudah diangkat ke pejabat PM. Sahabat penulis yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, adalah antara orang aktif membongkar ke rasuah Khir Toyo. Namun fail-fail itu didiamkan sahaja oleh PM Mahathir. Sekarang ini selepas Khir dibuang oleh rakyat dari tampuk kuasa MB. Beliau kini dihadapkan ke mahkamah kerana pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit. Yang hebatnya, beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah di kediaman rasmi MB, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam. Soal beliau salah atau tidak itu kita harus menunggu kes mahkamah selesai. Apa pun Khir Toyo harus menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah berakhir. Berakhir sebagai bekas MB, bekas Pengerusi Umno, Pengerusi BN, Ketua Bahagian Umno dan beliau mungkin tidak akan dicalonkan semula sebagai calon Adun. Usah harap hendak tanding MT Umno atau Ketua Pemuda. Mengapa Khir dijatuhkan, siapa yang menjatuhkannya harus dibincang dalam episod yang lain kerana ruang penulis amat terhad. Cumanya Khir Toyo memalukan Umno kerana beliau kononnya berbesar hati memulangkan pingat 'Dato' Seri' sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya pingat itu digantung oleh pihak Istana. Penggantungan itu tidak harus dipertikaikan kerana ia memang amalan Istana Selangor bagi pemegang pingat dan darjah kebesaran negeri yang didakwa terbabit dalam kes mahkamah atau jenayah. Perkata ini pernah berlaku kepada bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai suatu ketika dahulu. Cumanya, perkara yang hendak ditekankan penulis di sini ialah, sejak hampir tiga dekad atau 26 tahun (1982 - 2008), Umno-BN 'menyajikan' rakyat Selangor dengan penjawat jawatan MB yang penuh dengan skandal, jijik, perasuah beserta moral yang amat rendah. Yang amat memalukan ialah, mereka semua adalah MB dari Umno, orang Melayu-Islam. Maknanya selama ini Umno menawarkan MB 'kepala ikan busuk' yang hampir-hampir menjadi bangkai. Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas selama ini rakyat Selangor tertipu dengan imej baik, imej hebat pemimpin Umno, walhal semuanya hampas belaka. Jika selama 26 tahun MB 'ikan berkepala busuk' disajikan oleh Umno-BN kepada rakyat Selangor, maka apakah jaminan mereka boleh menawarkan calon baru, yang bersih, yang boleh menyaingi Dato' MB Abdul Khalid Ibrahim? Pada penulis, apa yang MB Khalid lakukan selama tiga tahun ini, jauh lebih baik dari empat MB Umno-BN sebelum ini. Oleh itu, Umno Selangor usahlah berangan-angan hendak merampas kerajaan negeri, kerana rakyat tahu yang bakal anda pilih menjadi MB nanti adalah hampas-hampas yang akan menjadi bangkai bernyawa sahaja! |
Zakat: Selangor kutip RM336.8 juta tahun lepas
![]() |
SHAH ALAM, 19 Jan: Selangor berjaya mengutip sebanyak RM336.8 juta zakat pada tahun lepas, berbanding RM283.7 juta pada 2009.
Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM319.5 juta dikutip daripada zakat harta manakala RM17.3 juta daripada zakat fitrah. Pada tahun lepas, ujarnya, kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak 20 peratus daripada kutipan pada 2009. Beliau menambah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengutip zakat harta sebanyak RM267.1 juta pada 2009 berbanding RM319.5 juta tahun lepas. Menurutnya, jumlah pembayar zakat bagi tahun lepas seramai 167,990 orang iaitu meningkat lapan peratus berbanding 155,300 orang pada tahun sebelumnya. Mengenai zakat fitrah pula, tambahnya, Masi melalui LZS berjaya mengutip sebanyak RM17.3 juta pada tahun 1431 Hijrah berbanding RM16.6 juta pada tahun sebelumnya. “Bilangan umat Islam yang membayar zakat fitrah pada tahun lepas ialah seramai 2.5 juta orang,” jelasnya. Tambahnya, LZS meletakkan sasaran kutipan pada tahun ini sebantak RM350 juta dengan mengambil faktor keadaan ekonomi yang stabil dan kesedaran membayar zakat yang semakin meningkat. |
Isnin, 17 Januari 2011
Harga barang naik, turunkan BN
Majdan Dagang |
Harga barang naik, itulah yang menanti rakyat sebaik tahun 2011 menjelma. harga barangan keperluan harian telah naik sejajar dengan kenaikan harga bahan mentah terutamanya gas, minyak dan lain-lain cukai. Seperti biasa, para pemimpin akan memberikan alasan lapuknya yang sudah diketahui umum. Juga para menteri akan mengingatkan rakyat supaya berhemah dalam berbelanja sejajar dengan wang ada. Kesemua lawak pak menteri itu sudah tidak menjadi lawak lagi kerana majoriti rakyat hari ini semakin cerdik dan celik maklumat. Rakyat mula sedar mereka sewenang-wenangnya terpaksa menanggung segala kos kenaikan akibat penarikan balik subsidi. Alasan klise penarikan subsidi ialah kerajaan tidak mampu lagi menanggung beban tersebut dan rakyat kononnya perlu bersama-sama menanggung beban. Namun, dalam hal ini para pemimpin sama ada tidak sedar (atau buat-buat tidak sedar) bahawa rakyat turut memerhatikan dan menghadam setiap maklumat tentang projek-projek besar kerajaan yang menelan kos bilion ringgit, tetapi pada masa yang sama projek itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat. Seolah-olah pemimpin hari ini buta sejarah. Mereka patut sedar bahawa kejatuhan hampir semua empayar besar dan kecil didunia akibat pemerintah yang tidak lagi ambil kisah keluh-kesah rakyat. Oleh itu kisah yang berlaku di Mesir pada zaman Abbasiyah ini wajar diambil iktibar oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Pemerintah Mesir pada masa itu ialah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Baginda memerintah Mesir pada 1259 hingga 1260. Antara jasa beliau yang paling diingati ialah kejayaannya menewaskan tentera Mongol dalam peperangan Ain Jalut. Pada ketika itu seluruh kota Islam iaitu Baghdad, Syria dan Asia Tengah sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya tinggal adalah tiga kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir. Untuk menghadapi kemaraan Mongol ini Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengarahkan cukai agar cukai dinaikkan bagi menampung kelengkapan dan perbelanjaan perang. Justeru itu cukai-cukai dinaikkan sehingga membebankan rakyat. Para ulama telah dipanggil supaya memberi fatwa kerana zaman itu adalah zaman Islam dilaksanakan. Ulama-ulama disoal tentang kewajaran cukai tersebut, semua ulama mengizinkan pemerintah menaikkan kadar cukai bagi menyediakan keperluan pertahanan kerana negara berada dalam keadaan darurat. Namun, dalam kalangan ulama tersebut ada seorang dengan tegas membantah tindakan pemerintah mesir itu. Padahal semua maklum suasana ketika itu adalah DARURAT. Ulama tersebut ialah Izzuddin Abdus Salam (Al-Iz Abdul Salam). Bagi sultan, persetujuan ulama ini amat penting kerana pengaruh beliau lebih tinggi daripada sultan Mesir sendiri. Oleh hal yang demikian Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengadap beliau (bukan ulama mengadap pemimpin) memohon restunya dan sokongan terbukanya untuk menaikkan cukai demi keselamatan negara. Al-Iz Abdul Salam bersetuju pada dasarnya dan akan mengumumkan persetujuannya di dalam khutbah jumaat pada hari itu. Beliau meminta Sultan hadir sama bersolat jumaat dan baginda boleh mendengar sendiri khutbah Jumaat dan persetujuan Al-Iz Abdul Salam. Di dalam khutbah Al-Iz Abdul Salam menyokong perancangan pemerintah hendak mengunakan cukai dengan satu syarat sahaja iaitu sultan dan keluarganya hendaklah terlebih dahulu menjual istana-istana mereka serta perhiasan-perhiasan yang ada pada mereka dan anak isteri mereka semuanya dan digunakan untuk perbelanjaan peperangan. Jika tidak cukup maka barulah cukai baru kepada rakyat dikenakan. Tentu sahaja pendapat ulama itu kurang disenangi oleh Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Namun, baginda akhirnya akur dengan saranan tersebut. Berkat mematuhi saranan ulama berkenaan, juga restu rakyat, baginda akhirnya berjaya dalam misinya mengalahkan tentera Mongol pada 3 September 1260, di tempat yang bernama Ain Jalut. Kemenangan baginda ini menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya. Iktibar daripada kisah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dan Izzuddin Abdus Salam amat wajar diteladani khususnya dalam menghadapi suasana kenaikan kos hidup kini. Jika dalam keadaan darurat pun tidak dibenarkan bebanan didahulukan kepada rakyat, apatah lagi dalam keadaan Malaysia yang dikata ekonominya sedang berkembang pesat. Pada ketika inilah pemimpin mestilah terlebih dahulu menunjukkan sikap berjimat cermat. Namun, yang berlaku pada hari ini para pemimpin menyuruh rakyat berhemat dalam berbelanja tetapi pada masa yang sama mereka menggunakan wang cukai untuk projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada majoriti rakyat. Contohnya cadangan membina menara warisan yang membabitkan wang RM5 bilion. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan menara 100 tingkat itu dirancang dan dicadangkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada kerajaan. Jika benar pun pembinaan menara ini daripada PNB, apakah PM tidak boleh mencadangkan kepada PNB agar wang tersebut digunakan untuk menampung kos kenaikan harga gas/minyak misalnya. Perlu diingatkan bahawa PNB adalah syarikat GLC yang kerajaan juga mempunyai saham didalamnya. Para pemimpin pula secara sukarela memotong elaun mereka dan dimasukkan ke dalam tabung khas demi menampung kenaikan kos gas/minyak, tol dan sebagainya. Jika dilakukan, berapa banyakkah wang negara dapat dijimatkan. Majlis-majlis yang kurang memberi manfaat kepada rakyat wajar ditangguhkan, termasuk majlis sambutan tahun baru. Mungkin kos sambutan tersebut sekadar ratusan ribu, tetapi jika ada 10 majlis yang seumpamanya, berapakah kos yang terpaksa dikeluarkan? Janganlah pula mengatakan bahawa kos sambutan tersebut ditanggung oleh pihak swasta atau sumbangan peribadi. Lebih elok jika wang tersebut diambil tetapi digunakan untuk keperluan rakyat seperti memberi biasiswa kepada pelajar miskin. Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, adakah bermaksud rakyat didahulukan membayar segala kos kenaikan hidup? Rakyat didahulukan merasai kesusahan? Rakyat didahulukan membayar segala kenaikan cukai? Adakah kita akan selamanya akan membiarkan kita “didahulukan”? Jika terlalu sukar untuk memahami kesusahan rakyat dan tidak pernah ambil pusing tentang kenaikan kos sara hidup. Eloklah kita turunkan sahaja mereka. mari kita mulakan dalam PRK Dun tenang in |
Sokong larang pekerja Islam di premis arak
http://selangor.ikram.org.my/v2/ |
Kenyataan akhbar ini merujuk kepada isu garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya yang melarang umat Islam daripada bekerja di premis yang menjual arak. Dalam hal berkenaan arak, Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:- “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” (Maksud Surah Al Maidah ayat 90-91) Islam dengan tegas melarang meminum arak dan sebarang minuman yang memabukkan bertujuan untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia. Demikian juga, semua agama di dunia melarang meminum arak dan sebarang minuman yang memabukkan. Kemudaratan arak dan implikasi negatifnya ke atas peminum arak memang sudah jelas samada daripada aspek kesihatan mahu pun sosial. Menyedari kemudaratan arak ini, kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan penjualan, pengilangan dan pengangkutan arak melalui pindaan kepada Perlembagaan negara itu yang dinamakan The Eighteenth Amendment yang telah dibuat pada 16 Januari 1919. Volstead Act atau National Prohibition Act pula telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada bulan Oktober tahun yang sama. Walau bagaimanapun, pada 22 Mac 1933 Presiden Franklin Roosevelt menandatangani undang-undang baru menggantikan Volstead Act dengan membenarkan pengilangan dan penjualan arak tertentu. Kemudian pindaan Perlembagaan pula dibuat pada 5 Disember tahun 1933 melalui Twenty First Amendment bagi membatalkan Eighteenth Amendment tersebut. Tindakan tersebut membawa kesan negatif yang besar kepada keadaan sosial masyarakat di negara tersebut seperti meningkatnya kes keganasan rumahtangga dan kadar kemalangan jalanraya akibat pemandu mabuk. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat begitu juga di England, Wales, Kanada dan Afrika Selatan mendapati bahawa terdapat korelasi yang ketara antara ketagihan arak oleh suami atau isteri yang mengakibatkan meningkatnya kes keganasan rumahtangga yang parah terhadap pasangan masing-masing. Di samping itu, statistik tahun 2008 menunjukkan bahawa di Amerika Syarikat kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol telah menyumbangkan 37% atau 13,846 daripada sejumlah 37,261 kes kemalangan maut di seluruh negara tersebut. Sudah pasti kita tidak mahu fenomena sedemikian berlaku di negara ini. Salah satu prinsip yang telah diakui oleh Islam ialah apabila Islam telah mengharamkan sesuatu, maka wasilah, cara atau jalan apapun yang membawa kepada perbuatan haram itu, maka hukumnya adalah juga haram. Oleh kerana itu, kalau Islam mengharamkan zina misalnya, maka semua pendahuluan dan apa saja yang dapat membawa kepada perbuatan zina itu, adalah diharamkan juga. Contohnya dengan menunjukkan perhiasan diri atau aurat yang tidak sepatutnya, bersekedudukan (“co-habitation”), pergaulan dan seks bebas, pornografi, berkhalwat, nyanyian-nyanyian yang mengasyikkan yang mendorong kepada zina dan yang seumpamanya. Dari sinilah, maka para ulama ahli fiqah membuat suatu kaedah: “Apa saja yang membawa kepada perbuatan haram, maka hukumnya adalah haram”. Selain dariapda itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Termidzi seperti berikut: "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, 10 golongan:- (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya,(5) yang minta dihantarnya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa yang dilarang bukan hanya ke atas peminum arak sahaja tetapi juga golongan yang lain termasuklah mereka yang bekerja menghasilkan, menghidangkan dan mengangkut arak tersebut. Anggapan sebahagian masyarakat Islam bahawa yang dilarang hanyalah meminumnya sahaja adalah kurang tepat. Sehubungan dengan perkara di atas, kami dengan ini mengambil pendirian sebagaimana berikut:- Menyokong usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang mengeluarkan garispanduan melarang pekerja beragama Islam bekerja di premis yang menjual Arak. Sudah tiba masanya masyarakat Islam dan bukan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya disedarkan bahawa implikasi penggunaan arak adalah lebih banyak berbentuk negatif daripada positif. Menggalakkan masyarakat Islam mencari rezeki dan pendapatan daripada sumber-sumber yang halal kerana rezeki yang halal membawa keberkatan dalam kehidupan. Kami juga yakin bahawa sumber rezeki dan peluang pekerjaan begitu luas di mukabumi Malaysia yang makmur dan kaya dengan hasil mahsulnya. Jika tidak masakan begitu ramai pendatang asing yang datang bekerja di negara ini. Walau bagaimanapun, kami mengalu-alukan pengumuman kerajaan Negeri Selangor mewujudkan skim khas bagi membantu pekerja-pekerja Islam yang akan berhadapan dengan masalah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penguatkuasaan garis panduan tersebut. Menggesa agar semua pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor mencontohi usaha yang baik yang dimulakan oleh MPSJ ini. Menyeru pihak berkuasa terutama Pejabat Tenaga Rakyat dan Kesatuan Sekerja agar dapat membela nasib pekerja-pekerja beragama Islam yang terpaksa terlibat di dalam mengilang, menjual, mengangkut dan menghidangkan arak tanpa kerelaan mereka. Pihak majikan seharusnya prihatin akan perkara ini dengan membenarkan pekerja tersebut diberikan pilihan sama ada hendak terlibat ataupun tidak, tanpa sebarang diskriminasi ke atas pekerja beragama Islam tersebut. Menyeru masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam agar bersama-sama membenteras penggunaan arak terutama di kalangan golongan muda, yang menjadi salah satu punca gejala sosial yang berleluasa dalam negara kita ini. Kami juga menyeru agar golongan muda memilih gaya hidup sihat tanpa arak yang akan menjamin kesejahteraan fizikal dan minda mereka dalam menghadapi tekanan kehidupan yang begitu mencabar. Tarikh: 17 Januari 2011 bersamaan 12 Safar 1432H Penandatangan: 1. Pertubuhan IKRAM Malaysia, (IKRAM) Negeri Selangor Tn Hj Mazmi Kamal TYDP IKRAM Negeri Selangor (Pemangku YDP IKRAM Negeri Selangor) HP No.: 013-233 8135 E-mail: mazmikamal@gmail.com 2. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Negeri Selangor Tn Hj Mohammad Kamal Bin Mohammad Rathi YDP JIM Negeri Selangor HP No: 012-2917217 E-mail: mkmr2001@yahoo.com 3. Pertubuhan IKRAM Malaysia,(IKRAM) Daerah Subang Jaya Ustaz Hajar Opir YDP IKRAM Daerah Subang Jaya HP No: 019-277 1713 |
Ahad, 16 Januari 2011
Saman Petronas: Pelik Pusat pohon jadi defendan
"Kita bantah permohonan itu. Biasanya defendan pohon untuk dikeluarkan tetapi dalam kes ini pihak yang tidak dijadikan defendan mahu (jadi defendan) pula," kata Husam. Nik Aziz, ketika berucap selepas memfailkan kes ini ke Mahkamah Perdagangan berkata, tindakan yang beliau buat ini berdasarkan amanah yang dipegang oleh beliau bagi pihak rakyat negeri Kelantan. |
Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli
SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad. |